Selamat Mampir

Salam Muhibah dan Mesra Kepada Pengunjung Laman Ini
Laman Ini DiKhaskan Kepada Semua Golongan
Tidak Kira Muda Dan Tua
Segalanya Boleh

Lagu Melayu merupakan lagu yang di dendangkan oleh bangsa melayu sendiri. Bermula dari rakaman piring hitam lagu melayu mula dimainkan di corong-corong radio semasa zaman pemerintahan British, sebelum kedatangan Jepun.

Yang bermula pasti ada kesudahannya, begitu juga nasib piring hitam ini. Semakin hari semakin dilupakan orang. Bermula zaman pita kaset, lagu-lagu melayu yang di hasilkan dirakamkan diatas pita kaset tersebut.

Perubahan pantas berlaku teknologi berkembang Maju, lagu-lagu Melayu telah dirakamkan diatas cakera CD dalam format audio dan berubah format seiring dengan perkembangan teknologi audio digital.

Walau apa bentuk teknologi yang berkempang akan tetapi lagu Melayu terus menjadi topik perbualan masyarakat dewasa ini. Negara kita dibanjiri dengan lagu dari seluruh pelusuk dunia, tetapi lagu Melayu tetap menjadi minat masyarakat kini.

Zaman telah berubah begitu juga minat terhadap lagu Melayu. Daripada lagu keroncong, dondang sayang, melayu asli, melayu deli, zapin hingga masa kini. Tetapi lagu Melayu lama tetap menjadi pujaan ramai.


Buat Peminat Lagu Lama Anda Berpeluang Untuk Mendengar Lagu Kegemaran Anda
Yang Lama Jangan DiLupa Kerana Ianya Warisan Yang Berharga


Selamat Mendengar
Selamat Juga Untuk Memuat Turun
Salam Hormat Dan Mulia

5 comments:

andiblog melayu said...
This comment has been removed by the author.
andiblog melayu said...

lagu Melayu sangat indah bila di dengar. Bila anda ingin muat turun lagu Melayu dengan percuma,sila layari
Lagu Melayu

Muhamad Zaki Zafir said...
This comment has been removed by the author.
Muhamad Zaki Zafir said...

Saya mencari tajuk dan penyanyi bagi lirik lagu berikut:

"Sepetang denganmu di Sungai Johor, siang bertemu malam tak tidur, rela rasanya berputih tulang.."

Anonymous said...

Mencari lagu2 Dari penyanyi Jasni

Anda Pengunjung Ke..
counters
Pengunjung Laman Ini
Pengunjung Ketika Ini
hit counters